Wan Zack Haikal - Google Blog Search |
<b>Wan Zack Haikal</b> Tak Sertai Harimau Muda | Koqin's World Posted: 05 Dec 2011 06:10 PM PST PENYERANG skuad Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Mohd. Noor bakal terlepas peluang menyertai skuad kendalian Ong Kim Swee itu bagi menghadapi tiga perlawanan persahabatan dengan tiga kelab Australia bermula 10 hingga 22 Disember ini ekoran kecederaan buku lali yang masih belum pulih sepenuhnya.
"Kini saya melakukan latihan senaman secara bersendirian untuk mempercepatkan pemulihan kecederaan saya. Mengenai perlawanan persahabatan ke Australia, saya menyerahkannya kepada jurulatih sama ada mahu membawa saya atau tidak," katanya kepada Bernama semalam. Skuad Bawah 23 tahun negara dijadualkan menentang pasukan Sydney FC pada 13 Disember, Central South Mariner (15 Disember) sebelum menutup aksi menentang Newcastle United pada 19 Disember. ![]() Skuad Harimau Muda Perlawanan tersebut merupakan persiapan awal skuad berkenaan sebelum menyertai Liga Singapura musim depan dan persediaan menghadapi baki tiga perlawanan kelayakan Olimpik 2012 menentang Syria, Bahrain dan Jepun pada Februari tahun depan. Diminta mengulas mengenai perpindahan pemain Harimau Muda ke dalam pasukan tempatan musim depan, Wan Zack yang pernah bermain dengan kelab divisyen 1 Slovakia, FC Vion selama tiga bulan berkata, beliau masih setia bersama pasukannya sekarang. ![]() Sukan Olimpik 2012 "Saya akan terus bermain dengan pasukan saya kerana banyak pendedahan mengenai bola sepak yang saya peroleh ketika menentang pasukan hebat dari luar negara," katanya. Tiga pemain yang melebihi usia 23 tahun musim depan dan tidak beraksi lagi bersama skuad B-23 ialah Mohd. Muslim Ahmad yang memilih menyertai Terengganu, K. Gurusamy (Selangor) dan Mohd. Zamir Selamat (Johor FC). -sumber |
You are subscribed to email updates from Wan Zack Haikal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |