Wan Zack Haikal - Google Blog Search |
[BERITA] <b>WAN ZACK HAIKAL</b>, WAN ZAHARULNIZAM BERI KHABAR Posted: 25 Jul 2012 02:25 PM PDT
"Mereka sentiasa mahu menjaringkan gol dan kedua-dua mereka sangat berbakat," kata Matsuda kepada Goal.com. "Ujian ini memberikan impak positif kepada mereka dan juga pasukan. Saya harap mereka akan menikmati cabaran di Jepun." katanya lagi. Wan Zaharulnizam dan Wan Zack Haikal yang dikenal pasti pasukan Ryukyu FC semasa perlawanan kelayakan Olimpik menentang Jepun itu dikatakan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan dan cuaca di Jepun. "Mereka kadang-kadang bergurau dengan pemain lain dalam bahasa Inggeris dan mereka mencuba yang terbaik untuk menyesuaikan diri. "Mereka tidak boleh makan babi, jadi mereka lebih berminat makan ayam goreng masakan Jepun dan kadang-kadang mereka hanya masak di rumah." Wan Zack yang pertama kali beraksi di pasukan luar negara memberitahu Goal.com: "Saya ingin belajar teknik bermain bola sepak dengan pemain Jepun." Sementara itu, Wan Zaharulnizam pula berharap untuk mendapatkan kontrak bersama kelab tersebut. "Saya sangat menghargai peluang untuk beraksi di Jepun ini. Saya harap dapat ditawarkan kontrak dan dalam masa akan datang saya ingin mendapat peluang ke Eropah," kata pemain berusia 21 tahun itu ![]() |
You are subscribed to email updates from Wan Zack Haikal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |