Wan Zack Haikal - Google Blog Search |
WAN ZAHARULNIZAM DAN <b>WAN ZACK HAIKAL</b> DI TAWAR UJIAN <b>...</b> Posted: 11 Mar 2012 09:51 PM PDT WAN ZAHARUL NIZAM DAN WAN ZACK HAIKAL HARIMAU MUDA BAKAL JALANI UJIAN PERCUBAAN BERSAMA KELAB DEVISYEN 3 LIGA JEPUN FC RYUKYU| Pemain sayap Harimau Muda dan skuad Olimpik Malaysia, Wan Zaharul Nizam berpeluang mencatat nama dalam sejarah bola sepak negara apabila ditawarkan menjalani ujian percubaan bersama kelab devisyen 3 Jepun yang berpangkalan di Okinawa iaitu FC Ryukyu. Wan Zaharul Nizam atau lebih dikenali dengan panggilan kecik, berjaya menarik minat agensi pencari bakat Japan Dream FA sewaktu perlawanan kelayakan Olimpik Malaysia menentang Jepun di Tosu tempoh hari. Pemain kelahiran Tumpat, Kelantan itu akan turut ditemani seorang lagi rakannya dalam Harimau Muda iaitu, Wan Zack Haikal Wan Noor dalam ujian percubaan bersama FC Ryukyu. Perkara ini disahkan oleh Jurulatih skuad olimpik dan Harimau Muda sendiri iaitu Ong Kim Swee sebelum beliau berlepas ke Jordan pagi ini untuk perlawanan terakhir skuad Malaysia bertemu Syria.
Selepas perlawanan kedua menentang Jepun, ejen tersebut datang berjumpa saya dan mengatakan mereka sudah pun menyiapkan kertas kerja dan mahu melihat Wan Zaharulnizam beraksi di Okinawa. Saya berasa gembira dan teruja dengan hasrat kelab tersebut yang menyatakan sendiri minat mereka tanpa perlu kita sendiri mengesyorkan kepada mereka. Ujarnya lagi. Ong Kim Swee kemudiannya mencadangkan Wan Zack Haikal kepada kelab tersebut untuk mencuba ujian bersama Kecik.
Ong Kim Swee menyatakan biarpun di devisyen ketiga, harapannya agar mereka dapat beraksi satu musim di sana. Japan Dream FA adalah ejen pencari bakat bola sepak yang pernah menyatakan minat untuk membawa penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat beraksi bersama kelab di sana. Namun sehingga kini ianya hanya melalui lisan sahaja. |
You are subscribed to email updates from Wan Zack Haikal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan