Wan Zack Haikal - Google Blog Search |
bazookapenaka.com: <b>Wan Zack</b> terima pengiktirafan Liga Singapura Posted: 08 Nov 2012 06:24 PM PST ![]() Harimau Muda yang beraksi buat pertama kalinya dalam Liga Singapura telah menamatkan musim di tempat keempat dengan jumlah 42 mata dalam 24 perlawanan. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan buat pasukan Bawah 23 tahun itu yang bersaing dengan pemain-pemain yang lebih berumur dan juga pemain-pemain import dalam Liga Singapura. Tambah membanggakan lagi apabila Harimau Muda dan pemain-pemainnya telah dicalonkan dalam Anugerah Liga Singapura yang akan diadakan pada 11 November ini. Wan Zack Haikal antara pemain yang telah dinamakan sebagai pemenang apabila menerima undian terbanyak bagi kategori YEO's People's Choice Award. Beliau juga telah dicalonkan dalam kategori YEO's Young Player of The Year bersama dengan pemain tengah, Gary Robbat. Mereka juga bersaing dengan Sho Kamimura dari pasukan Albirex Niigata, Hafiz Sujad dari Courts Young Lions dan Stefan Milojevic dari Geylang United FC, Pasukan Harimau Muda yang pemainnya tidak mengutip sebarang kad merah sepanjang musim di Singapura telah dicalonkan dalam kategori Singapore Pools Fair Play Award bersama dengan Albirex Niigata, Home United FC, Gombak United dan Woodlands Wellington. Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee ternyata bangga dengan pencalonan Harimau Muda dalam anugerah ini namun menegaskan semuanya adalah hasil usaha satu pasukan. "Tahniah kepada Wan Zack kerana memenangi People's Choice Award. Pencalonan beliau dan Gary bagi Young Player of The Year pula adalah satu pengiktirafan bagi seluruh pasukan Harimau Muda. "Saya terutama sekali berbangga pasukan Harimau Muda tidak mengutip kad merah sepanjang kami beraksi dalam Liga Singapura musim ini." katanya kepada ESPNSTAR.my. Senarai penuh Anugerah Liga Singapura 2012 Great Eastern Player of the Year Calon-calon: Shahrazen Said (Brunei DPMM FC), Frederic Mendy (Home United FC), Aleksandar Duric (Tampines Rovers FC), Jamil Ali (Tampines Rovers FC), Ahmad Latiff (Tampines Rovers FC) YEO'S Young Player of the Year Mikasa Coach of the Year YEO'S People Choice Award RHB Top Scorer Singapore Pools Fair Play Award Great Eastern Referee of the Year Waga Assistant Referee of the Year Polar Fan Club of the Year Tiger Beer Goal of the Year |
You are subscribed to email updates from Wan Zack Haikal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan