Jumaat, 14 Disember 2012

Wan Zack Haikal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Wan Zack Haikal - Google Blog Search


<b>Wan Zack Haikal</b> Beransur Pulih | MyNewsHub

Posted: 10 Dec 2012 11:56 PM PST

Berita baik di kem Harimau Malaya apabila pemain sayap, Wan Zack Haikal dikhabarkan sudah beransur pulih dari kecederaan otot paha.

Pemain Harimau Muda itu menyerlah ketika perlawanan menetang Laos dan Indonesia dalam peringkat kumpulan tetapi terpaksa dikecualikan pada separuh akhir pertama menentang Thailand kerana kecederaan otot paha.

Sebelum perlawanan dengan Thailand itu, Zack dikatakan tidak akan beraksi dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir kerana kecederaannya perlukan masa untuk sembuh.

Walaubagaimanapun, hari ini beliau dikhabarkan sudah beransur pulih.

"Saya rasa lebih baik. Jika boleh, saya mahu beraksi tetapi keputusan terletak pada jurulatih dan doktor. Mereka akan menguji dan membuat pemeriksaan pada saya petang ini di sesi latihan dan saya harap mereka akan memberikan berita baik." kata Wan Zack.

Beliau akui kecewa tidak dapat beraksi pada separuh akhir pertama selepas bekerja keras untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

"Sangat mengecewakan apabila sudah dapat tempat dalam pasukan tetapi mengalami kecederaan selepas itu. Tetapi itulah yang dihadapi sebagai pemain bola sepak. Saya harus terus kuatkan semangat," tambahnya.

Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal walaubagaimanapun menegaskan masih belum pasti Zack akan beraksi kerana enggan mengambil risiko.

"Masih sukar untuk memastikan keadaannya. Tiada kesakitan yang dialami dan dia kelihatan baik ketika sesi senaman ringan pagi ini tetapi itu hanya latihan ringan. Kami harus lihat keadaannya petang ini.

"Walaupun dia diberi pelepasan untuk beraksi, mungkin dia tidak boleh beraksi selama 90 minit. Kita harus berhati-hati dan tidak mengambil risiko ke atasnya,"

Sumber: http://www.espnstar.my

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Wan Zack Haikal

Copyright 2010 All Rights Reserved