Wan Zack Haikal - Google Blog Search |
- <b>WAN ZACK HAIKAL</b> FC RYUKYU DAN ZAHARULNIZAM | Info Harian
- <b>Wan Zack Haikal</b> sedia bermain dengan Ryukyu FC ABN News | BM
- 8 Gambar Teman Wanita <b>Wan Zack Haikal</b>
<b>WAN ZACK HAIKAL</b> FC RYUKYU DAN ZAHARULNIZAM | Info Harian Posted: 02 Feb 2013 07:03 PM PST FC Ryukyu mahu Wan Zack Haikal dan ZaharulnizamDua pemain Harimau Muda A, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Nor ditawar kontrak selama dua tahun oleh kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu Tawaran kontrak selama dua tahun itu dibuat sendiri kelab berkenaan kepada dua pemain terbabit tanpa melalui ejen Kedua-dua pemain berusia 22 tahun itu pernah menjalani latihan pemilihan di Okinawa, Jepun selama dua minggu pada Julai lalu, tetapi pulang ke tanah air tanpa menerima sebarang tawaran kontrak FC Ryukyu menduduki tangga ke-9 daripada 17 pasukan divisyen tiga musim lalu |
<b>Wan Zack Haikal</b> sedia bermain dengan Ryukyu FC ABN News | BM Posted: 12 Mar 2013 09:30 PM PDT PETALING JAYA – Pemain skuad Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Nor bersedia untuk bermain dengan kelab divisyen tiga Jepun, Ryukyu FC. "Saya bersedia untuk bermain dengan kelab berkenaan kerana saya yakin dapat mempertingkatkan mutu permainan saya," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam meraikan pemain-pemain Harimau Muda A bersama media di sini, malam tadi. Menurut Wan Zack Haikal, beliau berharap dapat bermain dengan baik bersama kelab itu sekiranya terpilih. "Apabila berpeluang bermain dengan kelab divisyen tiga Jepun itu, saya turut menyimpan impian untuk meneruskan kerjaya saya dalam kelab divisyen satu Jepun," katanya. Sebelum ini Wan Zack Haikal dan seorang lagi pemain skuad Harimau Muda, Wan Zaharulnizam Zakaria disebut-sebut bakal dipancing Ryukyu FC selepas wakil kelab berkenaan menilai pemain Harimau Muda dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia serta perlawanan persahabatan di Laos dan sesi latihan di ibu negara. Selain kedua-dua mereka, kelab berkenaan juga dikatakan turut berminat untuk mengambil beberapa pemain lain. Wan Zack Haikal dikatakan hampir pasti mendapat tawaran bermain dengan kelab Jepun berkenaan untuk tempoh selama dua tahun, bagaimanapun masih belum ada sebarang kata putus. "Kamu (media) kena tunggu sikit masa lagi. Saya tidak boleh bercakap apa-apa sekarang," kata Pengurus Besar Ryukyu FC, Kaneko Tatsuhito kepada pemberita. "Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah saya telah melihat mereka bermain dalam kelayakan Olimpik dan saya tahu Malaysia mempunyai pemain yang sangat baik. Saya mahu mengambil peluang ini untuk mengambil beberapa pemain Malaysia bemain di dalam kelab saya. "Beri kami sedikit (masa) lagi. Kami akan mengumumkan nama mereka. Semuanya bergantung kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), tambah Tatsuhito. Delegasi daripada kelab Jepun itu berada di Malaysia untuk membincangkan isu kontrak kedua-dua pemain sayap kebangsaan itu. "Segala keputusan saya akan serahkan kepada FAM dan pengurusan Ryukyu, namun ia akan diketahui sebelum kami bertolak ke Slovakia pada pagi 16 Mac nanti. Itulah antara satu sebab mengapa mereka datang ke sini," kata jurulatih skuad bawah-23 tahun negara, Ong Kim Swee. Menurut beliau, beberapa garis panduan perlu diberi perincian dengan klausa-klausa tertentu supaya insiden pemain kembali ke tanah air sebelum tamat kontrak tidak berulang. - BERNAMA |
8 Gambar Teman Wanita <b>Wan Zack Haikal</b> Posted: 01 Dec 2012 11:19 AM PST AH Sudah cukup cukup sudah, cukup sampai disini saja, semua pemain bolaaa, sudah ada awekkk, melepas sudah. Pemain bola Malaysia Wan Zack Haikal yang namanya menjadi trending di Twitter semakin popular di kalangan peminat-peminat bola sepak wanita di Malaysia. Ayat-ayat cemburu dari lelaki, "kami sokong team Malaysia, tetapi gadis-gadis sokong Wan Zack Haikal". Ada aku kesah!! Masalahnya sekarang ni kisah xberapa nak kisah sangat la ni. Wan Zack Haikal ni sudah mempunyai teman wanita. Diharap gadis-gadis diluar sana janganlah anda curang ye, kembali menyokong Safee Sali walaupun 6 kali cubaan dia dalam perlawanan malam ini antara Malaysia Vs Indonesia, dia tidak menjaringkan gol. Berbalik semula kepada cerita asal, awek Wan Zack Haikal ini sebenarnya seorang penyanyi. Tak percaya? meh nak bagi link youtube kat anda semua. Okey sudah puas melayan video teaster Malu Malu Mahu - Zzati kita layan pulak gambar Wan Zack Haikal punya teman wanita. Nama Penuh : Wan Zack Haikal Bin Wan Noor Tarikh Lahir : January 28, 1991 (age 20) Tempat Lahir : Kuala Lumpur, Malaysia Ketinggian : 1.63 m (5 ft 4 in) Posisi : Striker & Midfielder NAMA KOMERSIAL: Zzati NAMA PENUH: Nur Izzati Mohd Rashid ASAL: Bandar Jengka, Pahang TARIKH LAHIR: 3 September 1993 UMUR: 17 tahun LAGU SINGLE: Bukan Sombong, 3 Langkah, Akan Aku Nanti, Cintaku Hanya Padamu ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada dua beradik SEKOLAH: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Jengka II, Pahang PENCAPAIAN: Juara Pertandingan Karaoke System Comunication Multimedia Malaysia (SKMM), 2007; Juara Pertandingan Karaoke Metro Idol di Padang MPK 2, Kuantan, 2008 Info : Jom serbu Facebook Zzati teman wanita Wan Zack Haikal... [KLIK] . Tengah mencari mana tahu ada blog, boleh terus jadi femes kau Zzati.. Follower pun boleh up up up awayyyy!! |
You are subscribed to email updates from Wan Zack Haikal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan