Wan Zack Haikal - Google Blog Search |
NAZIRUL NAIM JADI PILIHAN BERSAMA <b>WAN ZACK HAIKAL</b> Posted: 14 Mar 2013 04:37 AM PDT
"Ryukyu berdepan masalah di bahagian pertahanan kerana mereka kekurangan pemain malahan tiada banyak pilihan di posisi bek kiri," kata Ong Kim Swee kepada Utusan Malaysia. "Tambahan pula, Nazirul secara semula jadi memang seorang pemain yang menggunakan kaki kiri dan mempunyai larian yang cukup pantas. Dia berjaya memikat delegasi Ryukyu untuk disenaraikan." "Bukannya Kecik (Wan Zaharulnizam) tidak bagus atau gagal tetapi mereka sudah mempunyai ramai pemain yang mampu beraksi di posisi sayap tambahan Wan Zack juga bermain di posisi yang sama."
Nazirul Naim dijangka akan berangkat ke Jepun terlebih dahulu sementara Wan Zack Haikal masih mempunyai komitmen dengan pasukan Harimau Malaya menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Arab Saudi, 17 Mac ini serta perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen, 22 Mac ini. Pintu perpindahan pemain bagi J-League (Liga Jepun) akan ditutup pada 29 Mac ini. Sementara itu, pengurus besar FC Ryukyu, Kaneko Tatshuhito mengakui pemain-pemain Malaysia memiliki kemampuan untuk bermain dan bersaing dalam liga luar seperti Liga Jepun (J-League). Tatshuhito mengakui hairan lantaran kurang pemain-pemain Malaysia diberi peluang dan menegaskan bahawa cukup bertuah mendapat khidmat dua pemain Malaysia yang bakal menjadi perintis pertama beraksi di Liga Jepun. "Melalui pemerhatian saya pada perlawanan antara Jepun dan Malaysia dalam perlawanan kelayakan Olimpik, saya terkejut negara ini sebenarnya mempunyai ramai pemain yang cukup bagus," kata Kaneko Tatshuhito baru-baru ini.
"Jadi, saya rasa Ryukyu cukup bertuah kerana berpeluang mengambil mereka ke sana dan terus terang saya perkatakan, peluang pemain negara ini ke sana cukup cerah." "Pemain dari negara ini mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat tertinggi kerana daripada pemerhatian saya, mereka ada kekuatan dari aspek fizikal dan sanggup bekerja kera di atas padang." "Jadi, saya tidak hairan jika lebih ramai pemain dari negara ini mampu melangkah lebih jauh pada masa akan datang," katanya lagi. ![]() Incoming search terms:
|
You are subscribed to email updates from Wan Zack Haikal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan