Wan Zack Haikal - Google Blog Search |
Malaysia vs Barcelona: Salute To <b>Wan Zack Haikal</b>!! - 1peluru.com Posted: 10 Aug 2013 07:55 AM PDT Harimau Malaya kalah 3-1 kepada kelab ternama dunia, Barcelona. Apapun keputusannya, tidak harus dipandang remeh semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan bolasepak negara malam ini. Namun bagi gua, insiden paling menarik sebentar tadi adalah di penghujung separuh masa pertama bila pemain sayap negara, Wan Zack Haikal bereaksi spontan terhadap tindakan penyerang Barca, Cesc Fabregas yang tidak menghormati tiupan wisel offside oleh pengadil. Berlaku pertelingkahan kecil di tepi pintu gol Malaysia antara Wan Zack & Fabregas yang masih cuba meneruskan permainan selepas wisel dibunyikan. Ini attitude yang membanggakan gua dari Wan Zack walaupun Fabregas satu nama besar di persada bolasepak dunia. Anak jantan Melayu Malaya ini meletakkan Fabregas setaraf di genggaman penumbuknya bila tidak pandai menghormati peraturan di dalam sukan. Mungkin ramai mempersoalkan tindakan Wan Zack memandangkan ini hanyalah perlawanan persahabatan. Tapi tindakan 'kurang ajar' Fabregas juga tidak patut dilakukan atas nama profesionalisme... dan Wan Zack muncul untuk 'mengajar'nya, tidak kira sebesar mana taraf nama Fabregas berbanding pemain2 Malaysia. Setinggi-tinggi tabik respek untuk Wan Zack Haikal... Ini attitude yang patut dipunyai oleh semua rakyat Malaysia. Bangkit mempertahankan bila maruah negara cuba diperlekehkan!! |
You are subscribed to email updates from Wan Zack Haikal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan