Wan Zack Haikal - Google Blog Search |
Zzati beraya rumah <b>Wan Zack Haikal</b> - Utusan Online Posted: 06 Aug 2013 12:07 AM PDT Oleh KHADIJAH IBRAHIM KUALA LUMPUR 6 Ogos - Penyanyi Zzati Rashid, 22, akan menyambut 1 Syawal dengan bertandang ke rumah kekasih hatinya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Noor, 22. Menurut Zzati, pemain kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu itu dipanggil pulang oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyertai pasukan Harimau Malaya yang bakal menentang pasukan bola sepak Kelab Barcelona pada 10 Ogos ini. "Dia balik sini pada 1 Ogos lalu dan akan kembali ke Jepun pada 12 Ogos. Memang sempatlah untuk kami berhari raya bersama-sama memandangkan rumah kami tidak jauh antara satu sama lain," kata Zzati kepada Utusan Online di sini hari ini. Bagaimanapun, menurut Zzati, memandangkan kekasih hatinya itu pulang dengan tanggungjawab besar untuk menyertai Harimau Malaya menentang Kelab Barcelona, banyak masa dihabiskan untuk latihan. "Boleh berjumpa, tetapi tidak selalu. Macam bulan puasa lalu, cuma sekali sahaja kami sempat berbuka puasa bersama. Dia balik sini pun singkat jadi biarlah dia menghabiskan masa bersama keluarganya di Maran, Pahang," katanya yang tinggal bersama keluarga di Temerloh, Pahang. Dalam pada itu, kata Zzati, dia sempat membeli sepasang baju Melayu untuk Wan Zack pakai pada hari raya ini. "Awalnya, ingat nak kirim pos sahaja baju Melayu itu tetapi saat akhir dia kata dapat balik. Tahun ini saya beli baju Melayu warna coklat untuk dia. "Memanglah gembira sebab kami dapat berjumpa dan dia juga berkesempatan bertemu dengan sanak saudaranya sempena raya ini. Kalau saya nak beraya dengan dia pun mungkin pada raya pertama sahaja sebab lepas itu, dia perlu menjalani latihan," katanya. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Wan Zack Haikal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan