Wan Zack Haikal - Google Blog Search |
- <b>Wan Zack Haikal</b> Cedera Lagi | My Ritz
- 1peluru.com: Malaysia vs Barcelona: Salute To <b>Wan Zack Haikal</b>!!
- <b>Wan Zack Haikal</b> Cedera | ILMU PEDOMAN HIDUP
<b>Wan Zack Haikal</b> Cedera Lagi | My Ritz Posted: 01 Oct 2013 11:23 PM PDT KUALA LUMPUR : Malang menimpa Pemain Wan Zack Haikal Wan Nor cedera lagi semasa latihan bersama FC Ryukyu di Okinawa, Jepun semalam. Wan Zack terpaksa berehat selama 6 bulan akibat kecederaan di bahagian lutut. Wan Zack, anak didik Ong Kim Swee yang telah beraksi cemerlang menjuarai Pestabola Merdeka di Kuantan, 14 September lalu. Berita kecederaan Wan Zack ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap skuad Harimau Malaya bagi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, pada 15 Oktober ini.
Persiapan skuad Harimau Muda yang bakal ke Myanmar, Disember ini bagi mempertahankan pingat emas Sukan SEA juga turut terganggu. ( Usah risau, ramai lagi pemain yang mampu melaksanakan tugas Wan Zack Haikal ). Wan Zack turut sedih ekoran kecederaan yang dialaminya dan bimbang tidak dapat menyumbang tenaga untuk beraksi di Sukan SEA Myanmar nanti. |
1peluru.com: Malaysia vs Barcelona: Salute To <b>Wan Zack Haikal</b>!! Posted: 10 Aug 2013 07:55 AM PDT Harimau Malaya kalah 3-1 kepada kelab ternama dunia, Barcelona. Apapun keputusannya, tidak harus dipandang remeh semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan bolasepak negara malam ini. Namun bagi gua, insiden paling menarik sebentar tadi adalah di penghujung separuh masa pertama bila pemain sayap negara, Wan Zack Haikal bereaksi spontan terhadap tindakan penyerang Barca, Cesc Fabregas yang tidak menghormati tiupan wisel offside oleh pengadil. Berlaku pertelingkahan kecil di tepi pintu gol Malaysia antara Wan Zack & Fabregas yang masih cuba meneruskan permainan selepas wisel dibunyikan. Ini attitude yang membanggakan gua dari Wan Zack walaupun Fabregas satu nama besar di persada bolasepak dunia. Anak jantan Melayu Malaya ini meletakkan Fabregas setaraf di genggaman penumbuknya bila tidak pandai menghormati peraturan di dalam sukan. Mungkin ramai mempersoalkan tindakan Wan Zack memandangkan ini hanyalah perlawanan persahabatan. Tapi tindakan 'kurang ajar' Fabregas juga tidak patut dilakukan atas nama profesionalisme... dan Wan Zack muncul untuk 'mengajar'nya, tidak kira sebesar mana taraf nama Fabregas berbanding pemain2 Malaysia. Setinggi-tinggi tabik respek untuk Wan Zack Haikal... Ini attitude yang patut dipunyai oleh semua rakyat Malaysia. Bangkit mempertahankan bila maruah negara cuba diperlekehkan!! |
<b>Wan Zack Haikal</b> Cedera | ILMU PEDOMAN HIDUP Posted: 02 Oct 2013 02:37 AM PDT Gambar Wan Zack atas kerusi roda yang diperoleh dalam akaun Twitter pemain itu semalam. PEMAIN Paling Bernilai Pestabola Merdeka 2013, Wan Zack Haikal Wan Nor pasrah dengan ketentuan Ilahi apabila dia terpaksa berehat selama sembilan bulan selepas mengalami kecederaan lutut ketika sesi latihan bersama kelabnya, FC Ryukyu di Okinawa, Jepun, petang semalam. "Aku percaya ini semua aturan MU dan aku hanya merancang perjalanan hidupku akan tetapi kau yang menetapkan segala ketentuan. "Aku redha dengan ini Ya Allah walaupun niat aku untuk negara dan demi keluargaku. "Mungkin kau mahu memberi yang lebih baik dari apa yang ku merancangkan. Subhanallah," katanya menerusi akaun Twitter miliknya hari ini. Semalam, Wan Zack memaklumkan mengenai kecederaan itu menerusi laman sosial Twitter miliknya selepas menjalani pemeriksaan perubatan di hospital di Jepun. Kecederaan itu membuatkan Wan Zack, 22, mungkin terpaksa melupakan untuk menyertai skuad Harimau Malaya yang bakal berdepan Bahrain pada aksi ketiga Kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 15 Oktober ini dan Harimau Muda yang bakal ke Myanmar, Disember ini untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA. Wan Zack yan sedih apabila dimaklumkan doktor mengenai kecederaan ACL itu bagaimanapun meminta semua peminat berdoa untuknya. "Maafkan diri saya kerana semua ini," kata Wan Zack sebagai menghargai peminat bola sepak negara yang mendoakannya segera sembuh. |
You are subscribed to email updates from Wan Zack Haikal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan