
Foto : BHarian
KUALA LUMPUR : Malang menimpa Pemain Wan Zack Haikal Wan Nor cedera lagi semasa latihan bersama FC Ryukyu di Okinawa, Jepun semalam. Wan Zack terpaksa berehat selama 6 bulan akibat kecederaan di bahagian lutut.
Wan Zack, anak didik Ong Kim Swee yang telah beraksi cemerlang menjuarai Pestabola Merdeka di Kuantan, 14 September lalu.
Berita kecederaan Wan Zack ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap skuad Harimau Malaya bagi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, pada 15 Oktober ini.
"Saya menangis selepas doktor beritahu saya mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL). Apa boleh saya buat… saya hanya mampu berdoa untuk masa depan saya," kata Wan Zack Haikal menerusi akaun Twitter miliknya, malam tadi.
Persiapan skuad Harimau Muda yang bakal ke Myanmar, Disember ini bagi mempertahankan pingat emas Sukan SEA juga turut terganggu. ( Usah risau, ramai lagi pemain yang mampu melaksanakan tugas Wan Zack Haikal ).
Wan Zack turut sedih ekoran kecederaan yang dialaminya dan bimbang tidak dapat menyumbang tenaga untuk beraksi di Sukan SEA Myanmar nanti.
Tagged as: Berita Sukan
0 ulasan:
Catat Ulasan