Wan Zack Haikal - Google Blog Search |
<b>wan zack haikal</b> bakal berhijrah ke kelantan? - ammboi dot com Posted: 20 Mar 2014 07:24 PM PDT Kelantan dilaporkan telah berjaya melamar sayap lincah Harimau Malaya, Wan Zack Haikal Wan Nor menjelang pintu perpindahan pemain yang akan kembali dibuka 24 Mac 2013 ini. Walaupun masih lagi memiliki baki kontrak setahun dengan kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu, Wan Zack, 23, dikatakan telah memberi 'lampu hijau' untuk menyertai Kelantan. " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();Menurut sumber yang rapat dengan Wan Zack, anak jati Maran, Pahang itu dijangka diperkenalkan sebagai pemain baharu The Reds Warriors dalam satu sidang akhbar Isnin ini. Selain Wan Zack, Kelantan juga bakal mengumumkan Brendan Gan sebagai pemain baharu musim ini. "Wan Zack akan menyertai Kelantan selepas ini dan pengumuman itu dijangka dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada satu sidang akhbar khas. Benar, dia masih belum lagi sembuh daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada lutut kanan tetapi Kelantan tidak rela khidmat Wan Zack terlepas ke tangan pasukan lain," katanya. Ketika ditanya mengenai kontrak bersama KAFA, sumber itu memberitahu: "Saya tidak tahu mengenai tempoh kontrak tersebut tetapi apa yang pasti, Wan Zack bersetuju untuk menyarungkan jersi Kelantan." Sebelum ini, terdapat beberapa laporan mengaitkan Wan Zack berhasrat untuk kembali beraksi beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M), namun perkhabaran itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak pengurusan FC Ryukyu. Begitupun, keputusan Wan Zack Haikal untuk menyertai Kelantan bukanlah sesuatu yang agak mengejutkan. Ini kerana, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa sudah memberi gambaran awal menerusi status Facebook miliknya dengan menyatakan The Red Warriors akan membawa masuk tiga pemain bintang tempatan termasuk dua daripadanya bertaraf antarabangsa. Jika benar Wan Zack kembali beraksi dalam Liga M, dia akan mengikut jejak langkah seorang lagi bekas pemain Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor. Nazmi Faiz yang menamatkan kontrak awal dengan kelab dari Portugal S.C Beira-Mar, membuat keputusan mengejut apabila kembali ke tanah air untuk menyertai pasukan berstatus kelab, PKNS FC. Sumber: Kosmo! Category: BOLASEPAK MALAYSIA |
<b>Wan Zack Haikal</b> bakal ke Kelantan? | Blog ZooL Posted: 21 Mar 2014 04:10 AM PDT Nampaknya pemain sayap lincah Harimau Malaya yang berkelana di kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu dikatakan akan tamat tidak berapa lama lagi. Menurut sumber yang rapat dengan pemain kelahiran Pahang ini, pemain tersebut dijangka akan menyertai skuad The Red Warriors apabila pintu perpindahan Liga M akan kembali dibuka pada 24 Mac ini. Sebelum ini, terdapat desas desus mengenai laporang mengaitkan Wan Zack untuk kembali beraksi dalam Liga Malaysia namun ia dinafikan oleh pihak pengurusan FC Ryukyu. Keputusan ini bukan sesuatu yang mengejutkan apabila sebelum ini Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa sudah memberi gambaran awal melalui Facebook dengan menyatakan skuad Kelantan akan membawa masuk tiga pemain bintang tempatan termasuk dua daripadanya bertaraf antarabangsa. Jika benar berita ini nampaknya, peluang untuk melihat anak muda tempatan ini bermain di liga luar mungkin tipis. Apapun diharap karier Wan Zack Haikal tidak akan menjadi statik dan mungkin pada masa hadapan beliau mampu pergi lebih jauh ke Liga luar negara yang lebih kompetitif. Adakah gambar ini benar? Jika benar maka sahlah Wan Zack ke Kelantan bersama Fitri Omar dan Brendan Gan ![]() " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); |
You are subscribed to email updates from Wan Zack Haikal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan