Wan Zack Haikal - Google Blog Search |
Resah Tanpa Fadhli Shas, <b>Wan Zack Haikal</b> : MalayaTigers – Berita <b>...</b> Posted: 22 Jun 2012 11:20 PM PDT KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 22 Ong Kim Swee sedikit tempang menghadapi Korea Selatan pada aksi sulung Kelayakan Piala AFC di Myanmar hari ini, tanpa khidmat tonggak pertahanan Mohd. Fadhli Shas yang digantung, selain masih belum pasti dapat menggunakan Mohd. Amer Saidin. Mempunyai sedikit pilihan pemain untuk beraksi di pertahanan tengah, Kim Swee berkemungkinan besar terpaksa mempertaruhkan khidmat muka baru, Shahrul Mohd. Saad untuk digandingkan bersama Mohd. Fandi Othman. Situasi itu bukan gambaran menyenangkan buat pengendali berumur 41 tahun itu, tambahan bertemu pasukan pilihan Kumpulan G. "Memang saya berdepan masalah bahagian pertahanan kerana tidak boleh menggunakan khidmat Fadhli yang masih perlu menjalani penggantungan satu perlawanan. "Amer pula sedang berusaha untuk kembali cergas kerana baru pulih daripada kecederaan. "Ketiadaan Zubir Azmi pada bek kiri juga satu kehilangan besar dan keadaan ini memaksa saya merombak besar bahagian pertahanan terutama bagi menghadapi Korea. "Shahrul akan beraksi bersama Fandi di pertahanan tengah sementara Nazirul Naim bakal mengisi tempat Zubir sepanjang kejohanan. Ashri Chu Chu juga boleh diharapkan untuk bermain di posisi bek kir jika keadaan memerlukan, " katanya. Selain Fadhli, skuad negara perlu melupakan aksi Wan Zack Haikal Wan Noor sebanyak tiga perlawanan dan Kim Swee terpaksa melakukan sedikit rombakan di bahagian tengah. "Bahagian tengah saya ada banyak pilihan untuk menggantikan tempat Wan Zack. Mungkin saya akan letakkan Wan Zaharulnizam (Wan Zakaria) di bahagian kanan dan Azrif Nasrulhaq atau Syahrul Azwari Ibrahim bermain di bahagian kiri. Menyentuh taktikal yang akan digunakan bertemu Korea, Kim Swee mungkin akan sedikit bertahan namun tetap melancarkan serangan balas. Penggempur muda negara, Ahmad Hazwan Bakri mengakui sudah tidak sabar lagi membantu Malaysia dan menanam azam untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan. |
You are subscribed to email updates from Wan Zack Haikal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan